|
|
UJIAN
PEMERIKSAAN KESIHATAN
Ujian Pemeriksaan Kesihatan
merupakan sekumpulan ujian yang direka khas untuk menilai tahap kesihatan
seseorang individu. Panduan ini memberikan maklumat umum tentang jenis-jenis
dan kepentingan ujian yang dilakukan. Namun demikian, anda dinasihatkan
untuk mendapat maklumat atau keterangan lanjut dari doktor anda.
PEMERIKSAAN
DARAH PERIFERI
Red
Cell Indices
Red Cell Indices memberi petunjuk tentang ketaknormalan sel darah merah.
Hematokrit
(PCV)
Nilai PCV yang rendah mungkin disebabkan oleh anemia, kehilangan darah
dan anemia hemolitik. PCV yang tinggi boleh disebabkan oleh polycythaemia
atau macrocytosis.
Hemoglobin
(Hb)
Hb berperanan sebagai pengangkut oksigen kepada sel. Nilai Hb di bawah
aras normal menandakan anemia.
Sel
Darah Putih
Sel darah putih (SDP) bertindak sebagai sistem pertahanan tubuh terhadap
mikroorganisma yang boleh mendatangkan penyakit. Ia boleh dibahagikan
kepada 5 jenis iaitu neutrofil, limfosit, monosit, eosinofil dan basofil.
Kehadiran sel yang abnormal menandakan infeksi kronik. Kehadiran sel-sel
yang tak matang (blasts cells) dalam darah periferi dan peninkatan nilai
SDP menandakan leukemia.
Platelet
Platelet memainkan peranan yang penting dalam mekanisma pembekuan darah
bagi mengelakkan kehilangan darah yang berlebihan.
ESR
Erythrocyte Sedimentation Rate (ESR) merupakan kadar enapan komponen selular
dalam plasma dalam masa satu jam.
PBF
(Peripheral Blood Film)
Smear darah nipis yang diwarnakan dengan pewarna tertentu dan diperiksa
di bawah mikroskop. Impression yang diberikan adalah berdasarkan smear
darah dan keputusan ujian darah yang lain.
Kumpulan
Darah
Dua sistem yang biasa digunakan dalam penentuan kumpulan darah adalah
ABO dan Rhesus (Rh). Melalui sistem ABO, kumpulan darah boleh dibahagikan
kepada A, B, AB dan O. Taburan bagi setiap kumpulan adalah A (23%), B
(23%), AB (5%) dan O (49%).
Di bawah sistem Rhesus pula, darah boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan
iaitu rhesus positif atau rhesus negatif.
URIN
(FEME)
Urin atau air kencing dihasilkan dari proses penyaringan darah melalui
ginjal. Kandungan urin bergantung kepada keadaan kesihatan dan pemakanan
harian seseorang individu.
pH
Individu normal mempunyai julat pH antara 5.0 hingga 7.0. Faktor yang
mempengaruhi pH urin seseorang individu adalah pemakanan harian, tempoh
selepas pengutipan sampel, infeksi saluran urinari dan ketakseimbangan
hormonal.
Glukos
Ujian saringan kehadiran glukos dalam urin adalah petanda seseorang individu
itu mempunyai penyakit diabetes melitus. Namun demikian, kehadiran glukos
dalam urin individu yang normal mungkin berlaku dalam individu yang mempunyai
ambang glukos rendah; keadaan yang dikenali sebagai glukosuria.
Keton
Keton adalah hasil sampingan daripada metabolisma lemak dan dikumuhkan
dalam urin. Keton biasanya hadir dalam pesakit diabetes mellitus kerana
sel-sel badan tidak dapat menggunakan glukos sebagai sumber tenaga secara
efektif.
Darah
Kehadiran darah dalam urin; hematuria;mungkin berpunca dari ginjal, saluran
urinari atau pundi kencing. Hematuria dengan kesakitan adalah satu petanda
kehadiran batu karang dalam salur urinari. Namun demikian, kehadiran darah
dalam perempuan semasa haid biasanya dianggap normal.
Protein
Kandungan protein meningkat dalam individu yang mengalami infeksi saluran
urinari, individu yang mempunyai tekanan darah tinggi, diabetes mellitus
dan penyakit ginjal.
Specific
Graviti (S.G.)
S.G. adalah indikasi daya pemekatan dan perkumuhan ginjal. Individu normal
mempunyai julat S.G. antara 1.015 hingga 1.030.
Mikroskopi
Permeriksaan kandungan urin di bawah mikroskop.
Sel
Darah Putih (SDP)
Hitungan kurang dari 5 dalam satu HPF dianggap normal. Peningkatan SDP
dan kehadiran bakteria dalam urin adalah berhubungkait dengan infeksi
saluran urinari.
Ujian kultur perlu dilakukan untuk menentukan jenis bakteria dan antibiotik
yang perlu diberikan.
Sel
Darah Merah (SDM)
SDM menandakan kehadiran darah dalam urin.
Sel
Epithelia
Hitungan lebih dari 10 dalam satu HPF adalah indikasi infeksi saluran
urinari.
Casts
Kehadiran cast granular mungkin menandakan kegagalan fungsi ginjal. Cast
hialin boleh hadir dalam urin individu normal selepas senaman berat atau
individu yang mengamalkan pemakanan diet kaya protein.
Kristal
Kristal urin yang biasa dilihat adalah kristal asid urik dan kalsium oksalat.
Kehadiran kristal triple phosphate menandakan kemungkinan besar kehadiran
batu karang ginjal.
UJIAN
FUNGSI HATI
Protein
(Albumin & Globulin)
Kedua-dua albumin dan globulin berguna untuk mengukur status pemakanan
seseorang individu. Kedua-duanya juga berguna untuk mendiagnosis penyakit
hati, gastrointestinal dan ginjal (buah pinggang), ketaknormalan protein,
kanser dan kegagalan fungsi sel darah.
Bilirubin
Peningkatan aras bilirubin dalam serum boleh berpunca dari kegagalan fungsi
hati, obstruksi salur hempedu atau penyakit sel darah merah. Manifestasi
klinikal ialah penyakit kuning.
SGOT/AST/Aspartate
Aminotransferase
Enzim akan dibebaskan ke dalam peredaran darah apabila sel tercedera dan
aras akan meningkat mengikut tahap kecederaan pada sel.
SGPT/ALT/Alanine
Aminotransferase
Ianya selalu digunakan bersama SGOT bagi mengukur fungsi hati dan mendiagnos
penyakit yang berkaitan dengan kegagalan fungsi hati.
SAP/Alkaline
Phosphatase
Paras ALP yang tinggi ditemui pada kanak-kanak, penyakit hati, obstruksi
salur hempedu dan penyakit tulang.
UJIAN
FUNGSI GINJAL (RENAL FUNCTION TEST)
Elektrolit
Elektrolit merupakan komponen yang penting dalam cecair badan dan keseimbangannya
membolehkan berbagai sel dan organ berfungsi secara normal.
Urea
Urea merupakan hasil akhir metabolisma protein dan asid amino. Ia mengukur
fungsi ginjal dan hidrasi. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh digunakan
secara bersendirian dalam penentuan fungsi ginjal (hanya untuk ujian penyaringan
sahaja).
Kreatinin
Kreatinin selalunya diukur bersama-sama urea untuk menentukan fungsi ginjal.
Asid
Urik
Gout merupakan sindrom klinikal bagi pesakit yang mempunyai asid urik
yang tinggi dalam darah dan pengenapan kristal urate pada tisu lembut;
terutamanya pada sendi mengakibatkan respons inflamasi.
Parasnya dalam darah juga dipengaruhi oleh jumlah asid urik yang dihasilkan
dan kecekapan eksresi ginjal.
LIPID
STUDIES
Aras kolesterol darah
memberikan indikasi risiko mendapat penyakit kardiovaskular dan juga berguna
untuk menilai fungsi hati dan tiroid.
Kolesterol
Peningkatannya boleh mengakibatkan penimbunan pada dinding salur darah
menyebabkan penyempitan dan seterusnya penyumbatan saluran darah (arhterosclerosis).
HDL-Kolesterol
Ianya dikenali juga sebagai kolesterol yang baik (good cholesterol). Ianya
berfungsi sebagai pengangkut bagi mengeluarkan kolesterol yang berlebihan
dari sel. Nilainya boleh ditingkatkan dengan melakukan senaman harian.
LDL-Kolesterol
Ianya juga dikenali sebagai kolesterol yang tak baik (bad cholesterol).
Kolesterol yang berlebihan akan diangkut oleh LDL ke dinding arteri; mengakibatkan
artherosclerosis.
Trigliseride
Trigliseride merupakan asid lemak yang ditemui dalam aliran darah. Aras
yang tinggi boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.
Glukos
(Kandungan gula darah)
Ianya biasa digunakan untuk mengdiagnos penyakit kencing manis (diabetes
mellitus). atau bagi menilai tahap pengawalan glukos. Perubahan arasnya
dalam darah bergantung kepada aktiviti individu dan juga jangkamasa selepas
makan.
Individu dengan keputusan ujian glukos darah dalam keadaan puasa yang
menghampiri nilai yang ditetapkan dikehendaki melakukan ujian Glucose
Tolerance Test (GTT) untuk menentukan diagnosis penyakit kencing manis.
T4
(Thyroxine)
Aras T4 darah berguna sebagai ujian penyaringan bagi mengesan penyakit
tiroid.
Kalsium
& Fosforus
Kedua-dua ujian ini berguna bagi mengdiagnos penyakit ginjal dan penyakit
tulang (skeletal disorders) serta digunakan untuk menilai elektrolit dan
keseimbangan asid-bes.
HBsAg
Individu
dengan keputusan HBsAg reaktif juga dikenali sebagai pembawa Hepatitis
B (Hepatitis B carrier). Pembawa Hepatitis B mempunyai risiko yang tinggi
untuk mendapat penyakit kanser hati dan kerosakan hati (cirrhosis) jika
dibandingkan dengan orang normal.
Anti-HBs
Anti-HBs merupakan antibodi yang dihasilkan bagi melawan antigen permukaan
Hepatitis B.
Rheumatoid
Factor (RF)
RF boleh dikesan pada pesakit yang menghidap rheumatoid arthritis dan
inflamasi kronik seperti sifilis, hepatitis, infectious mononucleosis
dan leprosi.
VDRL
VDRL adalah ujian penyaringan bagi penyakit sifilis. Keputusan VDRL positif
tidak semestinya menunjukkan seseorang individu itu mempunyai sifilis
kerana kemungkinan terjadinya reaksi positif palsu. Ujian TPHA dilakukan
untuk mengesahkan penyakit sifilis jika ujian VDRL didapati positif di
peringkat awal.
Petanda
Tumor (Tumour Markers)
Tumour markers merupakan salah satu ujian yang penting yang dapat digunakan
bersama dengan ujian lain dalam diagnosis penyakit. Selain daripada mengesan
dan mengikuti perkembangan sesuatu penyakit, penentuan dengan ujian petanda
tumor tertentu juga dapat menolong mengdiagnos sesuatu penyakit secara
klinikal.
CEA
(Carcino Embryonic Antigen)
Ianya dihasilkan secara khusus oleh sel yang aktif membahagi (proliferatif).
CEA dikesan dalam aras yang tinggi pada pesakit yang mempunyai tumor pada
saluran gastrointestinal (pankreas, kolon, rektum), paru-paru, buah dada,
kelenjar prostatik dan ovari. Parasnya dalam darah juga bergantung kepada
faktor lain seperti kehadiran inflamasi dan juga tabiat merokok.
AFP
(Alpha feto Protein)
AFP
merupakan antigen onkofetal yang hadir pada sesetengah sel 'germ line
tumour' seperti teratoblastoma, kanser testikular dan ovari, kanser hati
(hepatocellular carcinoma) dan penyakit hati seperti cirrhosis, hepatitis
dan nekrosis. Ujian ini biasanya digunakan secara meluas bagi mengdiagnos
kanser hati.
PSA
(Prostate Specific Antigen)
PSA dijumpai hanya pada tisu prostatik. Ianya digunakan untuk mengdiagnos
kanser prostatik. Aras dalam darah juga meningkat pada keadaan benign
seperti benign prostatic hypertrophy (BPH).
CA-125
Aras CA-125 berguna untuk mengesan perkembangan kanser dan nilainya mempunyai
korelasi dengan saiz kanser.
CA-153
Aras CA-153 dalam darah meningkat dalam pesakit kanser payudara dan kanser
paru-paru. Ianya digunakan untuk mengesan pertumbuhan kanser baru selepas
terapi primer sebelum ianya dapat dikesan secara klinikal.
CA-199
Aras CA-199 biasanya meningkat pada pesakit dengan kanser intra-abdomen,
adenokarsinoma paru-paru, perut, pundi hempedu dan kolon.
HSV
II IgG (Herpes Simplex Type II IgG)
Infeksi HSV jenis II dikelasifikasikan sebagai penyakit jangkitan seksual.
Namun begitu, infeksi HSV jenis I yang bukan penyakit seksual mungkin
akan memberi keputusan ujian positif palsu. Ini adalah kerana kedua-dua
virus tersebut mempunyai banyak persamaan (cross reactivity).
HAV
IgG (Hepatitis A IgG)
Kehadiran antibodi adalah kekal dan dapat memberi perlindungan dari jangkitan
berulang.
Anti
HIV I & II
HIV (Human Immunodeficiency Virus) merupakan agen penyebab bagi penyakit
AIDs (Acquired Immune Deficiency Syndrome). Strain virus yang utama adalah
jenis I dan II.
Diagnosis serologi dan penyaringan jangkitan HIV adalah melalui pengesanan
antibodi HIV (Anti HIV I & II). Pengesahan jangkitan HIV adalah melalui
ujian Western Blot. Individu dengan keputusan ujian Anti HIV I & II
negatif tidak bermakna ianya tidak dijangkiti kerana ujian yang dilakukan
pada window period akan memberi keputusan negatif palsu.
Back
to Brochures Index
|
|